followers

Sabtu, 23 Jun 2012

kisah ikan


Kalau ikan di laut yang begitu kerdil boleh menghadapi lautan yang begitu masin, apatah lagi manusia yang cukup segala-galanya, sudah tentu akan dapat menghadapi segala dugaan dan cabaran .

Ingatlah ! manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian.

Bermegah-megah dengan kekayaan harta dan wang adalah bahagia orang yang bodoh .

Bermegah-megah dengan perhiasan, pakaian yang indah-indah adalah bahagia orang yang sombong, takbur dan angkuh .

Bangga dan bersedap-sedap dengan makanan yang lazat dan mahal harganya adalah bahagia haiwan .

"Yang dinamakan bahagia hidup ialah ketenangan jiwa, hati dan fikiran"

Di dalam menjalankan tugas,  tidak ada yang tidak susuh . Kamu akan pasti menemui pelbagai masalah . Dari itu, hendaklah kamu :
  1. Amanah, tekun dan sabar .
  2. Hormati ketua dan kawan .
  3. Segala Perintah Ketua Yang Baik , jalankan dengan penuh minat .
  4. Jangan kata tidak boleh sebelum dicuba . Orang yang berani mencuba itu bererti berjiwa besar .
  5. Ingatlah Allah bersama-sama orang yang sabar .
  6. Hiasilah diri kamu dengan adab perangai dan sopan santun .
  7. Biarlah hina di mata manusia tetapi mulia di sisi Allah .
  8. Disamping menjalankan tugas penjawatan , jangan tinggalkan bakti kepada Tuhan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...