10. Pokok Lone Cypress di CaliforniaPohon kecil Lone Cypress ini
terdapat di Pantai Pebble, Semenanjung Monterey, California. Walaupun berukuran
kecil,namun, dengan status ikonik sebagai pohon luar biasa cantik dihiasi oleh
latar belakang indah dari Lautan Pasifik.
9. Pokok Circus
Asalnya sebagai hobi, seorang petani Axel Erlandson ,telah memangkas,
membentuk dan mencantum pohon menjadi bentuk yang hebat dan dipanggil
"Pohon Circus." Selepas bertahun-tahun, hasilnya ialah
pokok-pokok yang berbentuk unik sekali seperti pintu gerbang dan berbagai
bentuk lagi.
Contohnya, untuk membuat "Pohon Bakul" beliau menanam enam
pokok sycamore dalam lingkaran dan kemudian dicantum bersama untuk membentuk
pola berlian yang menyerupai bakul..
8. Pokok Sequoias Raksasa
Pokok Sequoias raksasa hanya tumbuh di Sierra Nevada, California, adalah
pohon terbesar di dunia (dari segi saiz). Pokok yang terbesar ialah General
Sherman terdapat di Taman Nasional Sequoia - salah satu pohon raksasa dengan
ketinggian 275 kaki (83,8 m), dan beratnya lebih dari 6000 tan.
Pokok General Sherman berusia sekitar 2.200 tahun - dan setiap tahun,
kayu pohon ini membesar dan pertambahan itu cukup untuk menghasilkan sebatang
pokok yang setinggi 60-kaki.
7. Pokok Coast Redwood: Pokok Drive-Thru
Ada sejenis lagi pokok Sequoia yang cukup luar biasa iaitu dipanggil
Coast Redwood merupakan pokok-pokok yang tertinggi dan terbesar di dunia.
Pokok yang paling tinggi adalah pokok yang dipanggil Hyperion di Redwood
National Park, dikenalpasti pada tahun 2006 dengan ukuran ketinggian 379 kaki
(115 m). Batang pokok itu ditebuk dan kereta boleh melalui lubang pada pokok
itu!
6. Pokok Chapel-Oak
Pokok Chapel-Oak dari Bellefosseis Allouville - pohon yang paling
terkenal di Perancis. Sebenarnya, ia bukan sekadar sebatang pokok, malah lebih
dari itu. Pokok itu juga merupakan bangunan dan tempat untuk acara keagamaan-
all in one!
Pada tahun 1669, dua orang padri memutuskan untuk membina sebuah gereja
kecil (chapel) 500 tahun. Kebetulan, pokok itu telah berlubang akibat panahan
petir lalu padri telah membina sebuah mezbah kecil untuk patung Virgin Mary..
Kemudian, dibuat lagi sebuah gereja (chapel) yang kedua dan ditambah tangga.
Sekarang, bahagian-bahagian dari pohon yang mati terus menjadi lebih
kecil dan lebih kecil setiap tahun, Ada bahagian kulit pokok, yang terjatuh
kerana usia tua,
5. Pokok Pando (The trembling Giant)
Pando atau The Trembling Giant di Utah sebenarnya adalah satu kawasan
yang terdapat pokok pando ini.. Semua pokok di kawasan inii secara genetik
adalah sama (bermakna, mereka klon yang tepat antara satu sama lain). Semua
pokok ini hidup dengan sistem akar bawah tanah yang sangat besar.
Pando, yang merupakan bahasa Latin untuk "Aku Sebar," terdiri
daripada 47.000 batang yang tersebar di 107 hektar tanah.
4.Pokok Tule
Pokok Tule terdapat berhampiran bandar Oaxaca, Mexico. Pokok ini
mempunyai lingkar batang terbesar iaitu 190 kaki (58 m) dan diameter batang
pada 37 kaki (11.3 m). Pada tahun 1994, pohon kebanggaan Mexico ini berada
dalam bahaya: daunnya menjadi kuning dan banyak dahan-dahannya mati.Bila
"doktor" pokok dipanggil, hasil diagnosis didapati pokok ini
mengalami masalah mati kehausan. Apakah ubatnya? "Doktor" menyatakan
– berikan air. Benar, pokok itu pulih sepenuhnya selepas diberi air secukupnya.
3. Pohon Banyan Sri: Maha Bodhi Tree
Pohon Banyan ini dinamakan "banians" atau peniaga Hindu yang
menjalankan usaha mereka di bawah pokok. . Bentuk pohon raksasa ini jelas:
menyerupai kanopi megah dengan akar nya seperti ular menjalar di tanah..
Di Ankor Wat , Kemboja, anda boleh melihat dengan jelas akar pokok itu
seperti ular menjalar sereta bumbung Angkor Wat.
Salah satu spesies yang paling terkenal dari Banyan, dipanggil Pokok Bo
iaitu Pkoko Sri Maha Bodhi di Anuradhapura, Sri Lanka. Dikatakan
bahawa pokok itu tumbuh dari pemotongan pokok asli di mana
Buddha berada pada abad ke-6 SM.
2. Bristlecone Pine: Pohon Tertua di Dunia.
Pohon hidup yang tertua di dunia ialah bristlecones pinus yang
terdapat di White Muontains, California. . Pokok ini ditemui pada 11.000
meter di atas permukaan laut, berumur 4.838 tahun - bukan hanya pohon
tertua tetapi juga organisma bukan-klon tertua yang hidup di dunia.
Kisah penemuan pokok ini lebih menarik: Pada tahun 1964, Donald R. Currey
mahasiswa pascasarjana, mengambil sampel teras dari sebatang pohon bernama
Prometheus. Untuk mengambil sampel kayu, dia menggunakan alat boring dan alat
itu patah di dalam batang pokok.Dia meminta kebenaran dari Pejabat Perhutanan
Amerika Syarikat untuk menebang itu dan memeriksa keratan rentas pokok iti..
Anehnya Pejabat Perhutanan bersetuju! Ketika mereka memeriksa pokok itu,
ternyata pokok itu berumur sekitar 5.000 tahun, yang akan membuatnya menjadi
pohon tertua di dunia dan dalam masa yang sama saintis tanpa sedar telah
membunuh pokok itu!
1. Baobab
Pokok Baobab boleh tumbuh membesar setinggi 100 kaki (30 m)
dan lebar 35 kaki (11 m) : Batangnya yang bengkak
sebenarnya tempat simpanan air - pokok Baobab boleh menyimpan sebagai
sebanyak 120,00 liter air untuk bertahan dalam keadaan yang sangat
kering.
Batang pokok ini boleh ditebuk dan dijadikan tandas awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan