followers

Memaparkan catatan dengan label kekuasaan ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekuasaan ALLAH. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2012

kisah ikan


Kalau ikan di laut yang begitu kerdil boleh menghadapi lautan yang begitu masin, apatah lagi manusia yang cukup segala-galanya, sudah tentu akan dapat menghadapi segala dugaan dan cabaran .

Ingatlah ! manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian.

Bermegah-megah dengan kekayaan harta dan wang adalah bahagia orang yang bodoh .

Bermegah-megah dengan perhiasan, pakaian yang indah-indah adalah bahagia orang yang sombong, takbur dan angkuh .

Bangga dan bersedap-sedap dengan makanan yang lazat dan mahal harganya adalah bahagia haiwan .

"Yang dinamakan bahagia hidup ialah ketenangan jiwa, hati dan fikiran"

Di dalam menjalankan tugas,  tidak ada yang tidak susuh . Kamu akan pasti menemui pelbagai masalah . Dari itu, hendaklah kamu :
  1. Amanah, tekun dan sabar .
  2. Hormati ketua dan kawan .
  3. Segala Perintah Ketua Yang Baik , jalankan dengan penuh minat .
  4. Jangan kata tidak boleh sebelum dicuba . Orang yang berani mencuba itu bererti berjiwa besar .
  5. Ingatlah Allah bersama-sama orang yang sabar .
  6. Hiasilah diri kamu dengan adab perangai dan sopan santun .
  7. Biarlah hina di mata manusia tetapi mulia di sisi Allah .
  8. Disamping menjalankan tugas penjawatan , jangan tinggalkan bakti kepada Tuhan .

Isnin, 18 Jun 2012

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA



Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim


golongan 1: pemerintah yang zalim

golongan 2: wanita pakai pakaian tapi telanjang

Isnin, 28 Mei 2012

Misteri Binaan Piramid Terjawab



Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Ahad, 27 Mei 2012

10 orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaanTIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

bukti kekuasaan ALLAH pada hambaNya yg beriman

Kisah benar yang saya petik dari sebuah laman web dari seorang sahabat. Untuk renungan kita bersama.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan


Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. 

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan

bayi yang dilahirkan tanpa darah

BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.



Ketika diahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 MINIT yang menakjubkan.

Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pasukan medik yang berjuang menyelamatkan nyawa bayi itu merasa tersentuh apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: "kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya".

"Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini",tambah wanita itu.

Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.

subhanallah-pokok pokok pelik






10. Pokok Lone Cypress di CaliforniaPohon kecil Lone Cypress ini terdapat di Pantai Pebble, Semenanjung Monterey, California. Walaupun berukuran kecil,namun, dengan status ikonik sebagai pohon luar biasa cantik dihiasi oleh latar belakang indah dari Lautan Pasifik.



9. Pokok Circus
Asalnya sebagai hobi, seorang petani Axel Erlandson ,telah memangkas, membentuk dan mencantum pohon menjadi bentuk yang hebat dan dipanggil "Pohon Circus." Selepas bertahun-tahun, hasilnya ialah pokok-pokok yang berbentuk unik sekali seperti pintu gerbang dan berbagai bentuk lagi.
Contohnya, untuk membuat "Pohon Bakul" beliau menanam enam pokok sycamore dalam lingkaran dan kemudian dicantum bersama untuk membentuk pola berlian yang menyerupai bakul..

8. Pokok Sequoias Raksasa
Pokok Sequoias raksasa hanya tumbuh di Sierra Nevada, California, adalah pohon terbesar di dunia (dari segi saiz). Pokok yang terbesar ialah General Sherman terdapat di Taman Nasional Sequoia - salah satu pohon raksasa dengan ketinggian 275 kaki (83,8 m), dan beratnya lebih dari 6000 tan.


Pokok General Sherman berusia sekitar 2.200 tahun - dan setiap tahun, kayu pohon ini membesar dan pertambahan itu cukup untuk menghasilkan sebatang pokok yang setinggi 60-kaki.

subhanallah -ikan buaya




Subhanallah! Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami

Ikan Pelik Kepala Raksasa-bukti kehebatan ciptaan Allah

Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai

 

Sabtu, 26 Mei 2012

tanda kematian orang islam


 Tanda 100 hari sebelum hari mati Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Kekuasaan ALLAH - Batu tergantung


Subhanallah..... Itulah yang pertama kali terucap ketika melihat kuasa Allah SWT.
Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara.

Ular Albino Berkepala Dua Muncul di Florida

bukti kekuasaan Allah


Rabu, 23 Mei 2012

perihal anjing-kehebatan islam terbukti


Hasil kajian barat, di dalam badan seekor anjing mempunyai lebih kurang 50 bahan parasit. Dan apabila anjing membuang najisnya, najisnya akan turut mengeluarkan bahan parasit tadi.

Kebiasaannya, anjing akan menjilat punggungnya. Dan secara tidak langsung, parasit tadi akan terlekat pada lidahnya. Dan lidah inilah yang menjilat muka tuannya dan apa saja yang mahu dijilatnya. Cuma jangan sampai anjing itu menjilat anda :-)

Kajian membuktikan bahawa parasit ini akan melekat kuat di tempat-tempat yang telah dijilat anjing itu. Susah untuk ditanggalkan atau dihilangkan dengan air sabun, segala ubat, racun, atau sebagainya.

Mereka terus mengkaji dan mengkaji apakah kaedah yang paling berkesan untuk menghilangkannya. Dan akhirnya menjumpai hanya satu kaedah sahaja yang dapat menanggalkan parasit tadi.

Iaitu 'AIR TANAH'.

Persoalannya, siapakah yang telah memperkenalkan kaedah menyucikan najis dari anjing ini dengan menggunakan 'AIR TANAH'?

sumber:
Membangun Bersama ISLAM-
-Bangi Bandar ILMU-

Isnin, 21 Mei 2012

Subhanallah, Firman Allah Muncul Di Kulit Bayi Rusia

MOSKOW (Berita SuaraMedia) – Seorang bayi menimbulkan gelombang spekulasi di Rusia setelah tulisan ayat Al Quran mulai muncul di kulitnya.
Beberapa ayat dari Al Quran mulai muncul di punggung, tangan, kaki, dan perut Ali Yakubov yang berusia sembilan bulan sebelum kemudian memudar dan berganti dengan ayat-ayat baru.

Tim medis Rusia mengklaim bahwa mereka bingung mengenai apa yang menyebabkan tanda-tanda di kulit bayi itu muncul, yang dimulai ketika tulisan "Allah" muncul di dagunya beberapa minggu setelah ia lahir.
Ibu bayi tersebut, Madina, mengatakan bahwa ia dan suaminya juga tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

Awalnya mereka tidak menunjukkan tulisan itu kepada siapa pun hingga mereka melihat salah satu dari tulisan itu berbunyi, "Jangan sembunyikan tanda-tanda ini dari semua orang." Madina kemudian mengungkapkannya pada dokter dan imam di desa mereka, Red October, yang merupakan kawasan dominan Muslim.
Ali adalah anak kedua Madina, dan hal semacam itu tidak terjadi pada anak perempuannya yang pertama.

Kini bayi laki-laki itu menjadi fokus perhatian kaum Muslim di wilayah tempat tinggalnya, desa Krasno-Oktyabrskoye propinsi Dagestan.
Anggota parlemen setempat, Akhmedpasha Amiralaev, mengatakan, "Ini murni tanda dari Allah. Allah mengirimnya ke Dagestan untuk menghentikan pemberontakan dan ketegangan di republik kita."
Madina mengungkapkan, "Biasanya tanda-tanda itu muncul dua kali seminggu – pada hari Senin dan malam antara Kamis dan Jumat. Setelah tiga hari tulisan itu akan hilang dan berganti dengan ayat yang baru."

"Ali selalu merasa tak enak badan saat itu terjadi. Ia menangis dan suhu tubuhnya naik. Mustahil untuk menyentuhnya saat tulisan itu muncul, tubuhnya terus bergerak-gerak dengan aktif, jadi kami meletakkannya di boks bayi."
Ayat-ayat Al Quran muncul silih berganti di kulit Ali, jelas Madina.
Imam setempat, Abdulla, telah mengatakan bahwa Al Quran memprediksikan sebelum dunia berakhir, akan ada orang-orang yang memiliki tulisan ayat-ayat Al Quran di tubuhnya
.
Tim medis tidak percaya begitu saja tentang kisah tersebut. Ludmilla Luss, seorang dokter setempat, meyakini bahwa cerita tentang tulisan ayat Al Quran itu hanya karangan orangtua bayi tersebut.
"Mereka mungkin telah mengolesi kulitnya dengan obat-obatan tertentu, jika anak itu menderita urticarial dermographism, atau yang biasa dikenal dengan tulisan di kulit – suatu penyakit kelainan kulit yang muncul 5% dari sebuah populasi. Ini adalah jenis yang paling populer dari urticaria, di mana kulit menjadi memerah ketika digosok dengan benda tumpul. Karena itu,jika anak tersebut menderita kelainan semacam itu, akan mudah untuk menulis apa pun di kulitnya."
"Orang-orang yang menderita penyakit lambung memiliki kulit yang sangat sensitif. Jika kau menggambar sesuatu di kulit mereka dengan lidi, misalnya, gambar itu akan muncul," ujar Ludmilla.
Bagaimanapun, kisah tersebut telah berhasil menarik perhatian dari media Rusia

Subhanallah, Seorang Bayi di Nigeria Terlahir Membawa Al-Quran dari Rahim Ibunya



Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo



Ulama terkenal dari Nigeria pada Isnin (14/5/2012) berkumpul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi. Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk cerita hangat di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut terlahir dengan membawa sebuah Al-Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahu akbar!

Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustadz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Dalam pemberian nama tersebut, Ustadz Abdul Rahman juga menasihati sang ibu  bayi tersebut bahwa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia terlahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambahkan bahwa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Subhanallah!
Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Syaikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.

Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini, sang ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sharifat. Hal serupa juga dilakukan oleh nenek bayi yang dulu memeluk agama Kristen sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami
.
Di luar rumah , banyak pedangang tumpah ruah menjual berbagai cnderamata tentang bayi tersebut, mulai dari tasbih, dan gamba-gambar bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.
Kelahiran bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu. Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahwa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak. Wallahu a’lam bish shawwab
(Sumber www.monologseoranghamba.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...