Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan
orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita
kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa
a.s.
Kisahnya,
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia
tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita,
Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak
kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat
pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya.
Lalu,
Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing
hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing
hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air
yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum
air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah,
betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang
jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh
bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan
makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap
hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi
lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik
satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.
Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat
nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika
saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan
untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan