Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke
rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada
beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam
aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai
penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi,
“Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta
tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka
dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari
balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki &
tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular
& kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta
dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya
sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka
sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan
badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan
keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata
kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia
tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia
menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati
suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak
dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya
kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan
tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib
dari haid dan nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri
kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban
orang.
6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)
dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya
dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan
tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana
dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan
tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan
orang) serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing
kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan